Kenali Trambellir — Tempahan Destinasi Pelancongan Perubatan Anda Kini Jadi Lebih Mudah

Perkembangan industri pelancongan kesihatan kini tidak dapat disangkal lagi. Walaupun pandemik COVID-19 memberi impak terhadap ekonomi khususnya bidang pelancongan, kini semakin banyak industri telah mula menyusun strategi sejajar dengan situasi semasa.

Orang ramai kini sudah mula mengembara ke negara lain terutamanya untuk tujuan pekerjaan, perubatan dan pelancongan. Dan semestinya pandemik yang berlaku sekarang memberi banyak kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kesejahteraan badan.

Tahukah anda kini anda boleh sahaja membuat tempahan untuk rawatan kesihatan dan kecantikan seperti menempah tiket penerbangan atau bilik hotel? Pelancongan kesihatan kini sudah berkembang ke serata dunia dan tempahan untuk rawatan pembedahan, ujian COVID-19 ataupun fasiliti kuarantin sudah disediakan oleh Trambellir.

Inginkan beauty drip setelah tiba di Tokyo? Tempah di trambellir.com!

Trambellir merupakan syarikat pelancongan kesihatan yang berpusat di Malaysia dan menyediakan banyak informasi tepat berkaitan klinik dan harga rawatan di destinasi yang pelbagai. Ini memudahkan pelanggan untuk memilih secara selamat dan santai.

Sehingga kini, Trambellir telah bekerjasama dengan pelbagai klinik dan hospital di lebih daripada 20 negara, menjadikannya platform tempahan yang dipercayai. Ia juga mempunyai laman web yang memudahkan berbanding servis pelancongan perubatan yang lain kerana menyediakan tempahan secara langsung. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pergi ke laman web trambellir.com dan browse rawatan yang anda perlukan dan buat tempahan.

Ramai mempunyai persepsi bahawa pelancongan kesihatan hanyalah untuk mereka yang mencari rawatan penyakit yang serius seperti kanser, kardiovaskular ataupun pembedahan plastik. Namun, skop industri ini adalah lebih luas. Rawatan pergigian, kosmetik dermatologi dan rawatan spa juga boleh ditempah sebagai aktiviti tambahan dalam perjalanan atau pelancongan anda. Dengan cara ini, itinerari tidaklah ‘terikat’ dengan aktiviti berjalan sahaja, namun boleh diperkaya lagi dengan rawatan yang memberi manfaat untuk kesihatan badan dan mental. Antara senarionya — anda boleh menikmati sesi facial dengan rakan-rakan ketika mengembara ke Seoul, ataupun menyertai sesi Yoga untuk memenuhi jadual di Phuket.

Tidak dinafikan memilih rawatan yang sesuai boleh menyebabkan stres kerana terlampau banyak pilihan yang ada — dan ini juga boleh menyebabkan anda terlepas rawatan yang terbaik. Tetapi dengan Trambellir, semuanya dalam satu platform yang sama. Ini memudahkan anda untuk memperbanyakkan lagi aktiviti yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan anda sewaktu melancong. Takkanlah seronok ke Bali tanpa menempah satu sesi urutan Balinese Massage!

Mungkin ada juga yang mempersoalkan kenapa anda patut mendapatkan rawatan kesihatan dan kecantikan di luar negara bilamana negara sendiri juga menyediakan khidmat yang sama.

Ini antara sebab-sebab lain untuk mengambil kira pelancongan kesihatan:

Kos

Di negara lain, kos penjagaan kesihatan semakin naik, dan sebab itulah pelancongan kesihatan menjadi trend. Negara seperti Mexico atau Thailand mempunyai banyak rawatan yang lebih murah dengan kualiti yang sama atau lebih tinggi. Platform seperti Trambellir juga boleh memudahkan carian untuk pelancong yang mengembara dengan kos yang tertentu.

Kualiti

Institusi perubatan yang bertaraf antarabangsa boleh menambah keyakinan dengan rawatan yang disediakan. Jepun misalnya, dikenali sebagai negara yang mengaplikasikan teknologi baru dan sentiasa menaiktaraf skil mereka. Negara seperti Korea Selatan pula terkenal dengan industri rawatan kosmetik, dan doktor-doktor di sana sangat menitikberatkan hasil rawatan pesakit. Ini menarik lebih ramai orang dari luar negara untuk mendapatkan rawatan di situ.

Kurang gangguan

Tempat yang baru dan jauh membolehkan anda untuk fokus kepada rawatan dan sesi pemulihan anda. Ini bermakna tiada gangguan kerja ataupun berjumpa dengan orang yang anda kenal, terutamanya jika anda mencari sesi spa atau pembedan kosmetik. Oleh itu, persekitaran yang baru boleh memberi ketenangan dalam sesi terapi atau rawatan.

Pelancongan kesihatan merupakan industri yang sedang berkembang

Pada tahun 2018, saiz pasaran global industri pelancongan kesihatan adalah USD 37 bilion, dan dijangkakan untuk tumbuh sehingga USD 180 bilion pada 2026 (oleh Grand View Research). Dengan begitu ramai orang yang mendapat manfaat dari industri ini, anda patut terokainya juga.

Nilai sebenar sesuatu hanya boleh dirasai dengan mendapat pengalaman darinya. Apabila anda menempah sesi rawatan di luar negara, manfaatnya boleh dirasai hampir serta-merta. Tidak kiralah rawatan yang serius, alternatif atau kosmetik, Trambellir boleh membantu anda untuk memilih yang terbaik, selari dengan hasil yang anda inginkan.

Sila ke https://trambellir.com/ untuk menerokai peluang anda dalam pelancongan perubatan.

Online Booking Platform for Medical and Cosmetic Treatments

Get the Medium app

A button that says 'Download on the App Store', and if clicked it will lead you to the iOS App store
A button that says 'Get it on, Google Play', and if clicked it will lead you to the Google Play store