Tip Kecantikan: Cara Hilangkan Eye Bags

Rawat bawah mata yang hitam dan ‘puffy’

Mata anda boleh menampakkan banyak perkara tentang mood dan kesihatan anda

Oleh Kath Wong | 30 April 2021

Kita akan melihat banyak perubahan dalam diri kita seiring dengan peningkatan usia. Namun, banyak di antara perubahan ini merupakan perkara yang kita tidaklah ambil kisah sangat, contohnya eye bags.

Eye bags merupakan salah satu isu yang kerap dialami oleh ramai orang. Walaupun terdapat banyak produk yang membuat ‘claim’ bahawa kandungan mereka berkesan untuk menghilangkan eye bag dan mencerahkan bawah mata, namun kebanyakan produk ini tidak berkesan. Malah, jika eye bag anda merupakan sesuatu yang genetik, maka penyelesaian jangka masa panjang hanyalah dengan mengamalkan pengambilan air yang cukup dan gaya hidup yang sihat.

Eye bags datang dalam pelbagai jenis, ada yang gelap, sedikit bengkak ataupun tenggelam. Berikut tip yang boleh mengurangkan kesan eye bag:

Letak ‘tea bags’

Kafein yang terkandung dalam tea bags bukan hanya beruna untuk minum teh sahaja. Kafein di dalam teh mengandungi antioksidan yang kuat dan boleh membantu memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki pengaliran darah ke kulit. Apabila digunakan bawah mata, kafein membantu mengurangkan kesan gelap dan bengkak. Green tea merupakan sejenis teh yang mengikut kajian, boleh memberi efek anti-radang — efek ini boleh membantu mengurangkan kesan bengkak bawah mata.

Letak benda sejuk

Di hari yang eye bags anda tampak lebih bengkak atau gelap dari biasa, penyelesaian yang sementara seperi ‘cold compress’ iaitu meletakkan benda sejuk bawah mata boleh melancarkan pengaliran darah bawah mata. Anda boleh menggunakan sudu yang telah diletakkan dalam peti ais semalaman, atau timun yang sejuk, kain basah ataupun beg sayur yang telah dibekukan.

Manjakan mata anda untuk berehat

Pastikan kepala anda lebih tinggi dari badan sewaktu tidur

Kepala yang lebih tinggi dari badan sewaktu tidur boleh menghalang kandungan air dalam badan untuk masuk ke bahagian mata. Gunakan bantal yang selesa supaya leher juga tidak berasa sakit.

Kurangkan pengambilan garam

Garam menyumbang kepada ‘fluid retention’ dalam tubuh badan, lantas menyebabkan bahagian bawah mata menjadi agak bengkak. Anda dinasihatkan untuk mengambil garam pada kadar yang perlu sahaja untuk mengelakkan isu kesihatan yang lain seperti sakit jantung atau strok.

Minum air yang cukup

Air merupakan 60% dari berat badan kita. Tanpa air yang cukup, metabolisma badan akan menjadi rendah dan mempengaruhi pengaliran darah dalam badan. Pengambilan air yang cukup juga membantu untuk memberi tenaga yang cukup.

Rawatan Alternatif

Terdapat banyak rawatan yang ada sekarang ini yang boleh membantu menghilangkan eye bag. Antara prosedur yang berkesan ialah secara pembedahan. Walaupun dijalankan secara pembedahan, banyak prosedur ini berkesan dan memberi kesan yang nampak semulajadi.

Prosedur tersebut termasuklah ‘eyebag removal procedure’, ‘lower eyelid surgery’, ‘fillers’ dan pelbagai rawatan mata yang lain. Sebagai langkah pertama dalam mengembalikan keremajaan kulit sekitar mata, berjumpalah dengan doktor yang pakar untuk mengetahui prosedur paling sesuai untuk anda.

Sila ke https://trambellir.com/ untuk menerokai peluang anda dalam pelancongan perubatan.

Online Booking Platform for Medical and Cosmetic Treatments

Get the Medium app

A button that says 'Download on the App Store', and if clicked it will lead you to the iOS App store
A button that says 'Get it on, Google Play', and if clicked it will lead you to the Google Play store